Jika ketenangan yang dicari....

We live in our own life cycle...

Apa perkara pertama yang kita fikir apabila bangun pagi? Atau bagi yang tak tidur malam,tentunya bangun lewat petang (kena dapatkan rawatan yang sewajarnya)..
(^^,)
Jika perkara pertama adalah membaca doa bangun dari tidur, ini tandanya anda akan mulakan hari anda dengan baik dan segalanya akan berjalan lancar.
Tapi kitaran hidup seharian yang memenatkan buat kita leka. Bangun saja ingat dah lewat ke tempat kerja,atau lewat ke kuliah,atau lewat untuk uruskan tugasan harian di rumah.
Tapi jika setiap hari kita berazam akan lakukan lebih baik dari semalam, sekurang-kurangnya kita mempunyai sesuatu untuk teruskan perjalanan kita..teruskan berjuang =)

Monday 20 June 2011

Tips Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Postgraduate

Ini tips yang saya reka sendiri,tapi mungkin berguna kerana semuanya melalui pengalaman sendiri.
Masa mula-mula sambung belajar dulu,rugi jugak tak surf dulu.Main ikut suka aje...kalau nak sambung belajar ke peringkat Sarjana (Master) ATAU Phd,ada dua keadaan sahaja (untuk local u sahaja):

  1. Anda adalah freshgraduate daripada mana2 IPTA/IPTS:
  • Pastikan hala tuju anda terlebih dahulu, seperti kenapa nak terus sambung belajar? Jika sebab susah nak dapat kerja, pastikan kursus yang dipilih boleh menjamin pekerjaan yang bagus setelah tamat belajar. Jika anda masih teruskan dalam bidang yang tidak menjamin pekerjaan juga,tidak guna anda teruskan. Lainlah jika anda hanya inginkan ilmu semata-mata (saya belum jumpa lagi dengan spesis macam ni,hehe).
  • Jika anda ingin menjadi ahli akademik selepas tamat belajar, pastikan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan yang sama seperti Ijazah yang anda miliki atau sekurang-kurangnya tidaklah jarak jauh macam KL-Karak highway tu..=) Di samping itu,anda boleh mulakan dengan mencari peluang mengajar separuh masa di mana-mana institusi untuk mengutip pengalaman mengajar.
  • Ok, bila dah ada pilihan, mulakan mencari universiti yang menawarkan kursus yang anda kehendaki. Pastikan anda memilih universiti yang diiktiraf kerajaan, yuran yang berpatutan dan selesa untuk anda teruskan pengajian.Kalau anda tak boleh duduk dalam hutan, jangan pilih kampus yang jauh di pedalaman. Bagi freshgraduate, elok sekiranya anda belajar secara sepenuh masa.
  • Tapi yang penting kena ada 3 benda penting ni, minda yang bersedia, badan yang sihat dan duit ($$,)
2. Anda sedang bekerja di mana2 sektor swasta atau kerajaan:

  •  Bagi yang sedang bekerja,mungkin jugak dah berkurun pasang niat nak sambung belajar. Tapi itulah kan, macam larian berpagar,punyalah banyak halangan. Ada yang tak cukup duit, ada yang sibuk dengan anak2, ada yang suami atau isteri tak bagi, ada yang asyik tangguh sampai dah beruban dah =).
  • Jadi pertama sekali,tetapkan dalam diri dan minda anda untuk teruskan pengajian dan segala halangan tadi akan dirempuhi. SEMUA alasan tadi akan terus membayangi ketika anda belajar tapi anda mesti harungi satu-persatu. Apabila anda berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib di kampus nanti,anda akan dapati orang lain mempunyai lebih banyak halangan dari anda. No REASON why YOU cannot do it!
  • Pilih lah mod pengajian separuh masa sekiranya terikat dengan tugas. Jika anda bekerja secara syif, eloklah cari ruang untuk anda luangkan ke kuliah, atau mungkin memilih pekerjaan lain. InsyaAllah, sekiranya Allah membuka jalan untuk kita menambah ilmu, pastinya jalan lain tidak akan ditutupiNya.
  • Pilih kursus yang anda kehendaki dengan cermat. Jika anda inginkan untuk kenaikan pangkat, pastikan kursus yang dipilih boleh membantu. Anda boleh selidik dengan rakan-rakan yang telah menyambung pelajaran.Pastikan juga universiti yang dipilih diiktiraf dan memberi ruang untuk anda belajar secara separuh masa, atau luar kampus, atau mod jarak jauh. Sila selidik dengan pihak universiti terlebih dahulu untuk memilih mod pengajian.
  • Jika anda belum cukup duit, tapi ingin teruskan (nak menabung bukan senang, asyik deficit aje), jadi periksa jika kursus yang ditawarkan dapat dibiayai oleh PTPTN dengan mod separuh masa. Sebab pinjaman bank pun bunganya lagi tinggi. Tapi jangan lupa bayar balik ke PTPTN =). Mungkin anda tidak mahu berhutang, tapi dengan keadaan ekonomi sekarang,anda tiada banyak pilihan. Kalau banyak kebun getah, mungkin boleh jual.Hehe..Tapi jika anda mendapat peluang tajaan syarikat anda atau mana2 badan kerajaan,NGO dan sebagainya, jangan lepaskan peluang yang ada. Jika tidak, menyesal pun tak berguna lagi dah. Zaman sekarang dah tak heran ada master tau..=)
  • Pastikan yuran pengajian adalah berpatutan seperti universiti lain. Kalau bidang perniagaan, mungkin yuran penuh dalam anggaran + RM12K. Tapi ada yang kurang daripada jumlah tersebut. Yuran biasanya hendaklah dibayar mengikut semester, contoh satu semester RM4k, mengikut jam kredit subjek yang diambil. Sekiranya tuntutan pengajian memerlukan anda untuk travel macam saya, kenalah keluar duit lebih sikit. Tapi pastikan badan anda fit untuk travel setiap kali kuliah.
  • Bila dah mulakan pengajian, pastikan anda membaca peraturan universiti. Maklumlah dah lama tinggalkan u, kena ambil tahu tentang cara mendaftar kursus, menggugurkan kursus dan peraturan keputusan peperiksaan. Ini penting untuk elakkan anda terpaksa mengulang semula subjek atau semester. Kalau boleh, carilah rakan di kampus baru nanti yang sentiasa ambil berat dan saling tolong menolong. 
  • BEST OF LUCK!

No comments:

Post a Comment