Jika ketenangan yang dicari....

We live in our own life cycle...

Apa perkara pertama yang kita fikir apabila bangun pagi? Atau bagi yang tak tidur malam,tentunya bangun lewat petang (kena dapatkan rawatan yang sewajarnya)..
(^^,)
Jika perkara pertama adalah membaca doa bangun dari tidur, ini tandanya anda akan mulakan hari anda dengan baik dan segalanya akan berjalan lancar.
Tapi kitaran hidup seharian yang memenatkan buat kita leka. Bangun saja ingat dah lewat ke tempat kerja,atau lewat ke kuliah,atau lewat untuk uruskan tugasan harian di rumah.
Tapi jika setiap hari kita berazam akan lakukan lebih baik dari semalam, sekurang-kurangnya kita mempunyai sesuatu untuk teruskan perjalanan kita..teruskan berjuang =)

Monday 20 June 2011

Apabila mengidap chicken pox

Chicken pox?Cacar air pun ye jugak..Orang Kelantan kata" naik bertih". Nak cerita sikit pengalaman kena masa dah tua2 ni.Kena masa kecik takpe,tapi bila dewasa ni,adui,punyala seksa.Bersyukur kerana punya ibu dan abah yang penyayang,bukan main jaga.Termasuklah suami,keluarga mertua smua,hihi...

Ok,apa tanda-tanda awal?
  • Mulanya rasa macam demam panas. Sekejap demam,sekejap kebah,then demam balik.
  • Mula timbul macam ruam (biji merah kecil) di kepala,tangan,belakang badan,muka,dan bahagian sendi badan.Kita akan ingatkan macam kena denggi.Jadi kena pergi cek terlebih dahulu. Kemungkinan doktor akan syak alergi jika tiada denggi dikesan setelah membuat ujian darah.
  • Ruam ni akan makin besar dan merah serta terasa gatal. Tiap kali demam panas,kemudian kebah,makin banyak bintik2 merah tadi timbul.Ini bergantung pada individu,tapi dalam masa 3 hari jika berlarutan,memang sah la kena chicken pox.Ruam ini akan timbul ke seluruh badan hingga ke alat sulit dan rasanya sangatlah gatal.
  • ada orang kata dah kena masa kecil, so tak akan kena.tapi dalam dunia serba canggih,keadaan cuaca tak menentu ni memang tak mustahil,cuma kali kedua mungkin tidak teruk.
  • Apa yang perlu kita buat?
  1. Of course boleh pergi jumpa doktor, doktor yang berpengalaman akan diagnos kena chicken pox, jika tidak mungkin anda dikatakan alergi kerana timbul ruam dan bintik merah (besar atau kecil) di bahagian badan termasuk muka. tapi apabila ruam mula bertukar menjadi bintik yang berisi air ( macam nanah) tu memang sah la kena chicken pox. Keadaan ini akan berlarutan dalam 1-2 minggu bergantung kepada individu.
  2. Doktor akan bagi ubat demam,antibiotik,pil piriton (untuk tahan gatal)lotion atau cream calamine untuk tahan gatal. Ada orang2 tua mengatakan tidak boleh makan ubat moden kerana ia akan berlarutan. Tapi dunia makin moden,mungkin badan kita tidak dapat bertahan kerana bahan2 kimia yang kita makan dari pelbagai makanan moden. Jadi anda boleh saja makan ubat demam (panadol) supaya demam kebah dan antibiotik. Saya cuba krim dan lotion calamine tapi tidak berkesan untuk hilangkan gatal yang amat sangat tu.Tapi pil piriton sedikit sebanyak membantu untuk tidur malam (mengantuk).
  3. Teruskan ubat dan lama kelamaan semua bintik2 akan timbul memenuhi badan.Jangan risau kerana ia akan sembuh dengan sendiri berikutan jangkitan viral, tubuh kita akan bertindak balas melawan virus tersebut.Kesannya akan terasa lenguh2 dan sakit otot atau urat.
  4. TAPI memang rasa macam down sangat,udah macam rupa terminator (bila cabut topeng tu)..sangatlah hodoh dan menggelikan. Silap2 suami atau isteri pun tak sanggup sentuh. Tapi masa saya ke klinik kesihatan bandar KB, doktor lelaki muda (pangkat adik rasanya) memang bagus, tak pakai sarung tangan pun siap sentuh tangan untuk cek blood pressure. Tak macam klinik swasta mula2 pergi,doktor tak sentuh pun,takut jangkit agaknya.
  5. Satu lagi,boleh minum air kelapa muda supaya semua ruam keluar dan mempercepatkan proses pemulihan. Kata orang tua,selagi bintik tu tak tumbuh di tapak kaki, kemungkinan kita masih boleh dijangkiti pada masa depan. Memang perut kembung dengan air kelapa muda.Ada yang kata tak boleh minum tapi doktor mengatakan hasil kajian tidak menunjukkan air kelapa muda memudaratkan pesakit chicken pox, namun tidak juga mampu menyembuhkan.Tak tahulah,mungkin kita kena kaji sendiri.Hehe.
  6. Mandi? Cuba elak guna sabun yang wangi2.Sebab akan menjadi lebih teruk pada bintik2 berisi air tadi.Boleh amalkan mandi dengan air rebusan daun tersat. Khasiatnya masa mandi tu rasa hilang sekejap gatal2 pada badan. 
  7. Jika lotion calamine tidak berkesan,boleh cuba petua yang sangat mujarab ni. Tumbuk sedikit beras bersama sedikit kunyit, dan juga daun delima dan daun asam jawa. Pastikan betul2 lumat dan campur sedikit air supaya ianya jadi macam bedak sejuk. Sapukan pada seluruh badan sebelum tidur, memang akan kurang rasa gatal dan cepat hilangkan parut. Lagipun daun delima dan asam jawa banyak khasiatnya.ada yang sarankan guna buah manjakani, tapi bagi saya rasanya pedih.
  8. Boleh tidur atas alas daun pisang yang telah dibersihkan untuk kurangkan rasa gatal.Tolong jangan garu walaupun gatal sangat.Jaga pemakanan masa mengidap chickenpox.Pastikan makanan yang tidak berminyak langsung. Jangan makan makanan berkicap atau telur (nanti berparut hitam dan telur boleh sebabkan makin gatal) walaupun doktor menyatakan tidak perlu berpantang. Saya hanya makan nasi berlaukkan ikan masin bakar. Ikan laut pun hanya makan ikan gelama.Elakkan ikan kembung dan ikan tongkol kerana dikhuatiri menambahkan gatal2. Sayur pastikan sup sayur tidak berminyak.
  9. Kalau tak tahan gatal,boleh garu atau usap dengan daun kunyit yang telah dibersihkan.Jangan guna tangan,dikhuatiri boleh melukakan dan menyebabkan parut yang dalam. Lama-kelamaan bintik2 akan menjadi bernanah dan makin hitam.Ia akan mengering dan tertanggal dengan sendiri.MeMANG geram nak kikis buang,tapi conpem lekat parut. ada yang ambil masa lama sembuh (macam saya 3 minggu) dan normal adalah dalam masa seminggu sahaja.

Tips Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Postgraduate

Ini tips yang saya reka sendiri,tapi mungkin berguna kerana semuanya melalui pengalaman sendiri.
Masa mula-mula sambung belajar dulu,rugi jugak tak surf dulu.Main ikut suka aje...kalau nak sambung belajar ke peringkat Sarjana (Master) ATAU Phd,ada dua keadaan sahaja (untuk local u sahaja):

  1. Anda adalah freshgraduate daripada mana2 IPTA/IPTS:
  • Pastikan hala tuju anda terlebih dahulu, seperti kenapa nak terus sambung belajar? Jika sebab susah nak dapat kerja, pastikan kursus yang dipilih boleh menjamin pekerjaan yang bagus setelah tamat belajar. Jika anda masih teruskan dalam bidang yang tidak menjamin pekerjaan juga,tidak guna anda teruskan. Lainlah jika anda hanya inginkan ilmu semata-mata (saya belum jumpa lagi dengan spesis macam ni,hehe).
  • Jika anda ingin menjadi ahli akademik selepas tamat belajar, pastikan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang pengkhususan yang sama seperti Ijazah yang anda miliki atau sekurang-kurangnya tidaklah jarak jauh macam KL-Karak highway tu..=) Di samping itu,anda boleh mulakan dengan mencari peluang mengajar separuh masa di mana-mana institusi untuk mengutip pengalaman mengajar.
  • Ok, bila dah ada pilihan, mulakan mencari universiti yang menawarkan kursus yang anda kehendaki. Pastikan anda memilih universiti yang diiktiraf kerajaan, yuran yang berpatutan dan selesa untuk anda teruskan pengajian.Kalau anda tak boleh duduk dalam hutan, jangan pilih kampus yang jauh di pedalaman. Bagi freshgraduate, elok sekiranya anda belajar secara sepenuh masa.
  • Tapi yang penting kena ada 3 benda penting ni, minda yang bersedia, badan yang sihat dan duit ($$,)
2. Anda sedang bekerja di mana2 sektor swasta atau kerajaan:

  •  Bagi yang sedang bekerja,mungkin jugak dah berkurun pasang niat nak sambung belajar. Tapi itulah kan, macam larian berpagar,punyalah banyak halangan. Ada yang tak cukup duit, ada yang sibuk dengan anak2, ada yang suami atau isteri tak bagi, ada yang asyik tangguh sampai dah beruban dah =).
  • Jadi pertama sekali,tetapkan dalam diri dan minda anda untuk teruskan pengajian dan segala halangan tadi akan dirempuhi. SEMUA alasan tadi akan terus membayangi ketika anda belajar tapi anda mesti harungi satu-persatu. Apabila anda berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib di kampus nanti,anda akan dapati orang lain mempunyai lebih banyak halangan dari anda. No REASON why YOU cannot do it!
  • Pilih lah mod pengajian separuh masa sekiranya terikat dengan tugas. Jika anda bekerja secara syif, eloklah cari ruang untuk anda luangkan ke kuliah, atau mungkin memilih pekerjaan lain. InsyaAllah, sekiranya Allah membuka jalan untuk kita menambah ilmu, pastinya jalan lain tidak akan ditutupiNya.
  • Pilih kursus yang anda kehendaki dengan cermat. Jika anda inginkan untuk kenaikan pangkat, pastikan kursus yang dipilih boleh membantu. Anda boleh selidik dengan rakan-rakan yang telah menyambung pelajaran.Pastikan juga universiti yang dipilih diiktiraf dan memberi ruang untuk anda belajar secara separuh masa, atau luar kampus, atau mod jarak jauh. Sila selidik dengan pihak universiti terlebih dahulu untuk memilih mod pengajian.
  • Jika anda belum cukup duit, tapi ingin teruskan (nak menabung bukan senang, asyik deficit aje), jadi periksa jika kursus yang ditawarkan dapat dibiayai oleh PTPTN dengan mod separuh masa. Sebab pinjaman bank pun bunganya lagi tinggi. Tapi jangan lupa bayar balik ke PTPTN =). Mungkin anda tidak mahu berhutang, tapi dengan keadaan ekonomi sekarang,anda tiada banyak pilihan. Kalau banyak kebun getah, mungkin boleh jual.Hehe..Tapi jika anda mendapat peluang tajaan syarikat anda atau mana2 badan kerajaan,NGO dan sebagainya, jangan lepaskan peluang yang ada. Jika tidak, menyesal pun tak berguna lagi dah. Zaman sekarang dah tak heran ada master tau..=)
  • Pastikan yuran pengajian adalah berpatutan seperti universiti lain. Kalau bidang perniagaan, mungkin yuran penuh dalam anggaran + RM12K. Tapi ada yang kurang daripada jumlah tersebut. Yuran biasanya hendaklah dibayar mengikut semester, contoh satu semester RM4k, mengikut jam kredit subjek yang diambil. Sekiranya tuntutan pengajian memerlukan anda untuk travel macam saya, kenalah keluar duit lebih sikit. Tapi pastikan badan anda fit untuk travel setiap kali kuliah.
  • Bila dah mulakan pengajian, pastikan anda membaca peraturan universiti. Maklumlah dah lama tinggalkan u, kena ambil tahu tentang cara mendaftar kursus, menggugurkan kursus dan peraturan keputusan peperiksaan. Ini penting untuk elakkan anda terpaksa mengulang semula subjek atau semester. Kalau boleh, carilah rakan di kampus baru nanti yang sentiasa ambil berat dan saling tolong menolong. 
  • BEST OF LUCK!

Sunday 19 June 2011

Fadhilat Surah AL-Waqiah (my favourite)

 Tadi terbaca isu anak2 gadis yang sanggup berbuat apa saja demi wang,ada yang menjual maruah,yang terlibat dengan kes dadah,ada jugak sanggup menjadi sugar baby dan meruntuhkan rumah tangga orang lain. Sekarang maklumlah muda remaja,saham masih tinggi orang kata. Tapi bila dah tua,belum tentu dapat bermegah2 dengan kekayaan dari sumber sedemikian rupa. Bagi saya sangatlah rugi sebab sekiranya kita berpandukan tuntutan Islam, ternyata Allah punya pelbagai cara membantu hamba2Nya yang sedang dalam kesulitan, ada diantaranya tidak kita jangka.Maha Suci Allah..Dulu ustaz selalu pesan, bacalah Surah Al-Waqiah sentiasa..=) nescaya ada hikmahnya tidak kira sesempit mana pun keadaan kita.

Ini adalah antara fadhilat Surah Al-Waqiah;


  1. Drpd Ibnu Abbas r.a.berkata, Abu Bakar Al-Siddiq berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua). Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza Syamsu Kuwwirat." (H.R.Al-Tarmizi)
  2. Drpd Abi Dhibah berkata:"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a., beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab, doktor lebih sakit dprd saya."Usman berkata: "Adakah kamu perlukan kpd wang..."..Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat kepadanya".  Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kpd mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap2 malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w.bersabda: " Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan menjadi miskin selama-lamanya.

Hotel Megaria tempat stay di Jalan Raja Muda Abdul Aziz




Ini salah satu hotel tempat saya stay bila ada kelas during weekend di UUM KL. Kira hotel bujet la,bilik besar sikit RM60. If yang single RM45 aje (tapi yang tingkat bawah byk anak lipas).Huhuhu..So tiap kali ke KL untuk kuliah,sinilah tempat saya stay. Kira okayla,sbb yg RM60 ni selesa jugaklah. TV tiada Astro tapi katil standard double..=) Some ada hot shwoer,ada jgk bilik yang no hot shower. Bilik RM60 nak solat muatla kiranya, yang RM45 xmuat sangat nak solat.

Jom pekena Air Asam Boi

Ini bukan jus jambu asam boi tok mek...which is sedapla jugak..
Kalau anda semua pergi Pizza Hut mesti pernah rase air ni..nampak sedap kan..tapi kasi kacau dulu.
Aritu pergi pizza hut,punyalah dahaga..terus order air,bila dapat je terus minum..
Alamak..sikit punya masin pahit rasa asam boi..hehe..sape suruh gelojoh.
Tapi sedap jugak la,bila dicampur dengan soda..mmm..not bad..

rase nak minum lagi...(^^,)

My Hotel Visit in Gua Musang,Kelantan

Salam,
Actually visit ni lama dah,beberapa bulan dulu. Saja bercuti di gua musang sebab suami bertugas kat sini.
So, sape2 yang nak pergi gua musang,boleh stay kat Hotel My Home Hotel ni..dekat saja dengan kedai 7E,kiranya dekat area bandar baru gua musang.
Room yang saya ambil ni standard double,masa tu RM60 je per day. Tapi cukup selesa, xmacam hotel2 bujet yang saya selalu stay di KL (hehe..bujet je,xmampu nak stay mahal2).
Hotel ni disediakan untuk businessman yang selalu travel.

Al-kisahnya pada mulanya saya stay dekat Hotel Gua Idaman. Harga RM60-70..Dekat dgn Bank BSN xsilap saya. Tapi bila masuk,ruang bilik agak sempit. Nak solat pun agak2 je muat. Walaupun semua perabot lengkap+aircond, tapi toilet agak kotor..=(

Maka petang tu jugak saya survey hotel lain yang agak lebih kurang harga,terus saya check out dan check in di My Hotel..=)
Hotel ni selesa,tandas sangat bersih dan design moden,dengan warna merah ranggi.Ada pulak meja kecik untuk menulis,maklumla businessman kan.hehe..
So jika anda nak berkunjung ke Gua Musang, hotel ni kira dah ok sangat..ada dekat google =)






Cuma slim tv yang ada boleh tengok TV1-TV3, ada Astro tapi hanya boleh tgk channel yang dipasang oleh control panel di kaunter depan.Kalau dia pasang VAAN,alamak tgk yang tu je la..Geli mak..! =)