Jika ketenangan yang dicari....

We live in our own life cycle...

Apa perkara pertama yang kita fikir apabila bangun pagi? Atau bagi yang tak tidur malam,tentunya bangun lewat petang (kena dapatkan rawatan yang sewajarnya)..
(^^,)
Jika perkara pertama adalah membaca doa bangun dari tidur, ini tandanya anda akan mulakan hari anda dengan baik dan segalanya akan berjalan lancar.
Tapi kitaran hidup seharian yang memenatkan buat kita leka. Bangun saja ingat dah lewat ke tempat kerja,atau lewat ke kuliah,atau lewat untuk uruskan tugasan harian di rumah.
Tapi jika setiap hari kita berazam akan lakukan lebih baik dari semalam, sekurang-kurangnya kita mempunyai sesuatu untuk teruskan perjalanan kita..teruskan berjuang =)

Sunday 19 June 2011

Fadhilat Surah AL-Waqiah (my favourite)

 Tadi terbaca isu anak2 gadis yang sanggup berbuat apa saja demi wang,ada yang menjual maruah,yang terlibat dengan kes dadah,ada jugak sanggup menjadi sugar baby dan meruntuhkan rumah tangga orang lain. Sekarang maklumlah muda remaja,saham masih tinggi orang kata. Tapi bila dah tua,belum tentu dapat bermegah2 dengan kekayaan dari sumber sedemikian rupa. Bagi saya sangatlah rugi sebab sekiranya kita berpandukan tuntutan Islam, ternyata Allah punya pelbagai cara membantu hamba2Nya yang sedang dalam kesulitan, ada diantaranya tidak kita jangka.Maha Suci Allah..Dulu ustaz selalu pesan, bacalah Surah Al-Waqiah sentiasa..=) nescaya ada hikmahnya tidak kira sesempit mana pun keadaan kita.

Ini adalah antara fadhilat Surah Al-Waqiah;


  1. Drpd Ibnu Abbas r.a.berkata, Abu Bakar Al-Siddiq berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua). Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza Syamsu Kuwwirat." (H.R.Al-Tarmizi)
  2. Drpd Abi Dhibah berkata:"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a., beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab, doktor lebih sakit dprd saya."Usman berkata: "Adakah kamu perlukan kpd wang..."..Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat kepadanya".  Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kpd mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap2 malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w.bersabda: " Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan menjadi miskin selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment