Ok,apa tanda-tanda awal?
- Mulanya rasa macam demam panas. Sekejap demam,sekejap kebah,then demam balik.
- Mula timbul macam ruam (biji merah kecil) di kepala,tangan,belakang badan,muka,dan bahagian sendi badan.Kita akan ingatkan macam kena denggi.Jadi kena pergi cek terlebih dahulu. Kemungkinan doktor akan syak alergi jika tiada denggi dikesan setelah membuat ujian darah.
- Ruam ni akan makin besar dan merah serta terasa gatal. Tiap kali demam panas,kemudian kebah,makin banyak bintik2 merah tadi timbul.Ini bergantung pada individu,tapi dalam masa 3 hari jika berlarutan,memang sah la kena chicken pox.Ruam ini akan timbul ke seluruh badan hingga ke alat sulit dan rasanya sangatlah gatal.
- ada orang kata dah kena masa kecil, so tak akan kena.tapi dalam dunia serba canggih,keadaan cuaca tak menentu ni memang tak mustahil,cuma kali kedua mungkin tidak teruk.
- Apa yang perlu kita buat?
- Of course boleh pergi jumpa doktor, doktor yang berpengalaman akan diagnos kena chicken pox, jika tidak mungkin anda dikatakan alergi kerana timbul ruam dan bintik merah (besar atau kecil) di bahagian badan termasuk muka. tapi apabila ruam mula bertukar menjadi bintik yang berisi air ( macam nanah) tu memang sah la kena chicken pox. Keadaan ini akan berlarutan dalam 1-2 minggu bergantung kepada individu.
- Doktor akan bagi ubat demam,antibiotik,pil piriton (untuk tahan gatal)lotion atau cream calamine untuk tahan gatal. Ada orang2 tua mengatakan tidak boleh makan ubat moden kerana ia akan berlarutan. Tapi dunia makin moden,mungkin badan kita tidak dapat bertahan kerana bahan2 kimia yang kita makan dari pelbagai makanan moden. Jadi anda boleh saja makan ubat demam (panadol) supaya demam kebah dan antibiotik. Saya cuba krim dan lotion calamine tapi tidak berkesan untuk hilangkan gatal yang amat sangat tu.Tapi pil piriton sedikit sebanyak membantu untuk tidur malam (mengantuk).
- Teruskan ubat dan lama kelamaan semua bintik2 akan timbul memenuhi badan.Jangan risau kerana ia akan sembuh dengan sendiri berikutan jangkitan viral, tubuh kita akan bertindak balas melawan virus tersebut.Kesannya akan terasa lenguh2 dan sakit otot atau urat.
- TAPI memang rasa macam down sangat,udah macam rupa terminator (bila cabut topeng tu)..sangatlah hodoh dan menggelikan. Silap2 suami atau isteri pun tak sanggup sentuh. Tapi masa saya ke klinik kesihatan bandar KB, doktor lelaki muda (pangkat adik rasanya) memang bagus, tak pakai sarung tangan pun siap sentuh tangan untuk cek blood pressure. Tak macam klinik swasta mula2 pergi,doktor tak sentuh pun,takut jangkit agaknya.
- Satu lagi,boleh minum air kelapa muda supaya semua ruam keluar dan mempercepatkan proses pemulihan. Kata orang tua,selagi bintik tu tak tumbuh di tapak kaki, kemungkinan kita masih boleh dijangkiti pada masa depan. Memang perut kembung dengan air kelapa muda.Ada yang kata tak boleh minum tapi doktor mengatakan hasil kajian tidak menunjukkan air kelapa muda memudaratkan pesakit chicken pox, namun tidak juga mampu menyembuhkan.Tak tahulah,mungkin kita kena kaji sendiri.Hehe.
- Mandi? Cuba elak guna sabun yang wangi2.Sebab akan menjadi lebih teruk pada bintik2 berisi air tadi.Boleh amalkan mandi dengan air rebusan daun tersat. Khasiatnya masa mandi tu rasa hilang sekejap gatal2 pada badan.
- Jika lotion calamine tidak berkesan,boleh cuba petua yang sangat mujarab ni. Tumbuk sedikit beras bersama sedikit kunyit, dan juga daun delima dan daun asam jawa. Pastikan betul2 lumat dan campur sedikit air supaya ianya jadi macam bedak sejuk. Sapukan pada seluruh badan sebelum tidur, memang akan kurang rasa gatal dan cepat hilangkan parut. Lagipun daun delima dan asam jawa banyak khasiatnya.ada yang sarankan guna buah manjakani, tapi bagi saya rasanya pedih.
- Boleh tidur atas alas daun pisang yang telah dibersihkan untuk kurangkan rasa gatal.Tolong jangan garu walaupun gatal sangat.Jaga pemakanan masa mengidap chickenpox.Pastikan makanan yang tidak berminyak langsung. Jangan makan makanan berkicap atau telur (nanti berparut hitam dan telur boleh sebabkan makin gatal) walaupun doktor menyatakan tidak perlu berpantang. Saya hanya makan nasi berlaukkan ikan masin bakar. Ikan laut pun hanya makan ikan gelama.Elakkan ikan kembung dan ikan tongkol kerana dikhuatiri menambahkan gatal2. Sayur pastikan sup sayur tidak berminyak.
- Kalau tak tahan gatal,boleh garu atau usap dengan daun kunyit yang telah dibersihkan.Jangan guna tangan,dikhuatiri boleh melukakan dan menyebabkan parut yang dalam. Lama-kelamaan bintik2 akan menjadi bernanah dan makin hitam.Ia akan mengering dan tertanggal dengan sendiri.MeMANG geram nak kikis buang,tapi conpem lekat parut. ada yang ambil masa lama sembuh (macam saya 3 minggu) dan normal adalah dalam masa seminggu sahaja.